Pages

Permata Hati Pertama - Az-zahrah Bangi 2016 (Update)

Assalamualaikum.

jenggg! tidokan anak, masa free ni meh update sikit pengalaman besalin hehe


Muhammad Afif Firas bin Mohammad Hazwan, Cahaya mata pertama kami. Alhamdulillah selamat bersalin pada 18 Jan jam 2.37 ptg (37w 2d) ; EDD 7 Feb 2016

Check up 2 minggu sekali sbb GDM, Hb atas pagar, pastu kena review result BSP. haha padah makan tak hengat dunia masa preggy. makan ikut sedap mulut. Tak cukup GDM, sangkut pulak GBS+. Jadi disebabkan aku kencing manis masa preggy ckup 40w kira 7 feb tu aku kna besalin secara paksa iaitu induce. sebab apa? takut baby besaw. selalu jugak merintih kat suami takmo induce takut. sambil2 usap perut baby please jangan lama dlm perut jangan keluar awal dr perut. tiap2 hari aku suruh baby keluar cpt eh haha kata2 satu doa kauuuuu!  perut plak rasa padat sangat. Scan masa 36w baby sudah 2.8kg. iskkk 

11 Jan 2016

perut rasa mengeras, tapi takde la terok sgt. ada la 10min sekali. Kebetulan 36w checkup aku kena jumpa doc pakar kes GDM, terus maklumkan perut aku mngeras. jadi doc check2 try tgk timing, mintak aku ke Hospital untuk buat ctg. just imp false labor. k blik rumah 

17 Jan 2016

sedap menikmati kambing bakar di rumah mentua, ada la 2, 3 ketol aku bantai. lpas makan tu rilex jap tgk astro warna tibe2 rasa perut mengeras tgk timing 10 min sekali. bgtau husben dia suruh naik bilik rehat. layan jela tp kejap ok plak. aiyaaa aku download app contraction dekat playstore, sng sikit nak tau sama ada contraction betol atau braxton hicks je.  pukul 12 malam naik bilik cek ada turun tanda lendir darah. jantung laju weh. aku jadi fobia dgn darah, masa 24w aku ada bleeding disbbkan polyps. fobia sikit. bgtau mentua dia ckp lambat lagi ni. suruh  tido dlu tengok kejap lagi macam mana. aku dah risau haru biru abis dgn beg apa smua dkat umah mak haha dah prepare tapi ingat nak tido umah mentua kejap je jadi tinggal la smua beg hahahahaha baget baby lambag lagi nk kluor. Haha

18 Jan 2016

Subuh tu aku bangun nak solat subuh. check ada air keruh keluar. kejut husben ajak g hospital. kebetulan lagi hari tu ada check up di Azzahra bangi. memang takde rasa pape just perut mengeras. siap2 breakfast rilex bancuh milo macam takde pape salam ibu ayah mentua terus ke bangi. cool je tunggu nombor giliran apa smua. sampai turn aku jmpa doc mashita. aku story la apa jadi malam tu. doc mashita ajak baring ke belakang nk seluk. sekali dah 4cm ! tak tekejut beruk?! tak rasa pape weh, tak rasa. cuma baby mengeras aku assume benda tu biasa. still tak percaya nk besalin. terpaksa kena induce drip dgn masuk antibiotik sekali sbb GBS positive kan, iyo la air ketuban dah meluru keluar sikit sikit. takut jangkitan pada baby. masuk labour room pukul 10 pagi tu. call mak, mentua smua maklumkan nak masuk LR dah. still tak percaya hokeyyy sbb aku tak rasa nak besalin pun. semua tekejut la sbb tengok aku watlek je macam tak ada pape hahah



Tukar pakai set lengkap baju pink kain maroon, nurse bg ubat lawas, 3 min tu terus laju terpa masuk toilet kasi kosng itu usus. doc estimate 1cm bukaan 1 jam. selesa labour room azzahra bangi rasa privacy sgttt nak kentut pun rasa secure je takde org dgr hahaha 

Setengah jam lpas tu aku dah mula rasa contraction tp slow2, sentiasa basahkan bibir dgn zikir nabi yunus dan mariam. 10 min sekali sakit, baca surah mariam sambil tu pegang tangan husben. Masa tu baru dapat rasa betul2 nak besalin bukan mimpi lagi. contraction slow2 tarik nafas jap balas whatsap group famly, kakak ipar smua sempat bukak FB, taknak layan sakit, bibir tu tak berhenti baca zikir nabi yunus. kurang rasa sakit sgt mujarab zikir tu. Pukul 12 tgh hari tu 5 min sekali sakit. Doc mashita dtg tgk keadaan aku, dia seluk dh 8cm! Ya allah cptnya! Doc pecahkan smua ketuban. perghhh makin sakit weh. Mengigil atas katil. Tangan husben mmg aku genggam kuat2. nasib kuku pendek kekkeke. Aku mengis mintak maaf byk2 slah silap aku selama kawin dgn dia. huaaa husben aku pun dok tak senang. sempat lagi bisik kat telinga aku "nak epidural ke?" hahaha cisss aku trus geleng2 tahan sakit. 

Sakit makin kuat aku request ubat tahan sakit tapi bukan epidural. Cucuk dkat bontot skit (opss, hehe) menjerit weh sakit. jgn tanya apa nama ubat tahan sakit tu, aku taktau! aku mampu request je sbb tak tahan sangat. yela aku g keraskan badan mana tak mnjerit. Kurang skit tp ttp sakit weh. Bidan dtg tanya nak solat zhor tak? aku mampu angguk mata makin lali disebabkan ubat tahan skit tadi kot. (serious bgus kita tgh sakit pun ttp utamakan perkara wajib) tak lama tu tibe2 rasa nk meneran. Byk kali jugak aku cuba. Dgn sedikit episiotomy aku selamat melahirkan baby boy berat 3.15kg jam 2.37ptg. Lega alhamdulillah syukur. Terima kasih ya allah permudahkan segalanya. Sakit yg tak lama (ada org sakit berhari2) tapi mcm2 dugaan pulak lepas besalin. Muhammad afif firas prolog jaundis. ibu mana tak risau macam2 dah cuba petua sampai aku jadi takut tengok afif jadi bahan experiment.






 Fresh dari oven org cakap hehe. nak oiiii ibu tak tertengok awak masa dalam labour room *terlalu lali dengan ubat tahan sakit. ibu ayah dtg sehelai sepinggang, ada pun beg ibu bawak baju masa ibu tido umah wan ibu, tok ayah.. brg baby smua takde haha Nasib smua keperluan hospital sediakan :P


Husben aku memang nak dari awal bilik sorg. Nak privacy katanya senang family datang melawat. nasib la ada kosong bilik single. okay la bagi aku cukup selesa. 
aku tak amik package sbb nk bilik single kan, kalau amik package UMMI RM1688 tu bilik 2 katil tau. 



SINGLE WARD (DAMAI) - 1 days RM155






Ok la kan bilik ni. selesa,  ada sofa lagi so sng la husben tido situ tak payah nak angkut tilam. lain la kalau ada anak anak lain kekeke mmg kna angkut narita bagai. hehe

yang best makanan boleh pilih menu list yg hospital bagi ! tak sempat pun pilih sbb dah boleh discharge esoknya hahahaha kalau tak husben aku yg bantai makan =P

Nurse semua baik belaka terutama bidan atiqah waktu dlm labour room baik sgt ! 
service tiptop ! kemudahan selesa, mesra dgn patient, paling best waktu nk keluar wad nurse iring aku dgn baby smpai pintu kete k. teruja jap ahhaha


aku lampirkan sekali senarai harga bilik utk uolls nak tgk sebagai rujukan akan datang.

ESTIMATION COST 
Ward deposit : RM1000 - medical, Paed, normal delivery, D&C
RM2500 - Surgical (pembedahan)/ unbook case

Normal delivery : RM2500-RM5000 / 2 hari 1 mlm (termasuk IOL, VACUMM, FORCEP, EPIDURAL)

LSCS (Pembedahan) / 3 hari 2 mlm : EL LSCS - RM7500-RM8000 / EM LSCS - RM8000-RM10000

anything call je terus HIAZ (Hospital Islam Az-zahrah)

03-89212525 / http://www.azzahrah.my/



Harga ats update tahun Feb 2016. Latest harga dan package ada  pada websie Azzahrah. 

___________________________________________________________________

Package terbaru iaitu Aliya Package RM1990.00 

Each package offered includes

    - Supervised by Gynecology and Obstetrics specialist (women) 
    - Accommodation for 2 days 1 night including meals 
    - Baby check-up by specialist 
    - Nursery, Blood Group Test, G6PD Test, TSH and compulsory injections (VIT K, BCG and HEP B1) 

Terms and Conditions

    - Normal birth method 
    - 2 bedded room 
    - Payment by Cash, Debit or Credit Card 
    - Antenatal check-up for at least 2 times with Gynecology and Obstetrics specialist 
    - First check-up must be before 34 weeks 
    - Booking fee of RM300 after 2 times appoinment with Gynecology and Obstetrics specialist 

Additional Charges

    - Stay in ward more than 2 days and 1 night 
    - On call charges for Specialist after working hours and Public Holiday 
    - Stay in ward more than 2 days and 1 night 
    - Antenatal check-up for more than 2 times per day 
    - Patient using labour room more than 4 hours 
    - Additional charge may apply if additional medicine or equipment as Vacuum, Forceps, Induction of Labour, etc is required 

Package Void if

    - Twin babies 
    - Patient have disease such as Hepatitis, HIV, High Diabetes, High Blood pressure and etc 
    - Had undergone maternity surgery ( LSCS ) 
    - Planning pregnancy 
    - Patient request single room

________________________________________________________________________________



PROLONGED JAUNDICE 



Afif day 2, amboiii tido tenganga, lidah jelir2 (ngindam durian tak dapat agaknya)
masa ni otw balik rumah mak. lega Allah permudahkan satu2.. Syukur ya Allah.




tapi.




hari ke 4 nurse datang visit rumah minta aku bawak afif ke klinik cek kuning. makkk ai tingginya kuning afif 243 :(   tiap2 hari ulang alik klinik amik darah cek kuning afif. makin hari makin tinggi ! huaa afif, hari ke 5 afif kena tahan NICU, sedih weh sian..nagis2 bwah lampu. aku sempat susukan direct sekali je. Selebihnya aku ulang hantar stok susu. berair mata tgk afif nangis2.. malam pukul 11, dapat call dari NICU, afif dipindahkan ke PBBR Presint 8 Putrajaya. dalam hati lega sbb aku pun kena warded sekali dgn afif alhamdulillah, tp aku still emo sbb husben je dibenarkan naik melawat itupun kena tunggu waktu melawat !! sharp masa guard akan halau suruh balik. huarghhhh



hari pertama afif di PBBR kuning  naik sikit bukan makin turun, jadi afif kena bogel terus hanya pakai plastic urine tu je. kesian anak ibu sejuk bawah tu nagis2 tak selesa. 3 hari 2 malam jugak aku berkampung situ. PBBR tu rumah aparment, bilik sorg satu. tak emo kau? Rasa sunyi menyelubungi nk borak dgn afif je la sob sob


Mak aku plak suruh call tanya kakak aku apa supplement kakak aku amik, stok susu dia byk gila. kakak aku bgtau dia consume goat milk tablet cosway  Terus aku mintak husben aku carik kat cosway. Dalam masa yg sama aku suap hujung sudu kecik susu kambing fresh dkat afif, sory afif ibu terpaksa sbb ibu kesian tgk afif nagis2 amik darah dkat tgn. Ya allah, kuning afif dari 281 turun 217 so doc benarkan ktorg discharge dr NICU, Alhamdulillah ya Allah.. tak henti aku doa, cpt2 afif boleh keluar. Afif ramai doakan afif tau! ikhtiar selagi mampu :)


Sampai habis pantang 45 hari afif belum settle prolonged jaundice.. 2 kali amik darah dah. Next week afif ada appointment dgn doc paed,  Hope result darah kali kdua tak ada apa2 masalah, so far afif wiwi popo normal je akj tgk plus makin aktif ! 





45 days. Latest berat afif 4.5kg dah ! Semoga membesar dgn sihat afif, doakan afif  sihat ya !! 


tak lupa buat suami, terima kasih abang utk segalanya sepanjang preggy 9 bulan sampai lahirnya permata hati kita yang comel ni :))




Sorry ayat tunggang langgang sikit hahaha biasalah dah jadi mak mak. Nak nak ibu muda =P 
ok ckup afif dah mengeliat satu ruang tamu dgr, susu dulu ! byep.