Pages

Terima kasih Ya Allah


Assalamualaikum.
Kehidupan seorang student memang tak lari dari masalah duit, ye tak? kehkeh. student yang duduk rumah sewa, nak bayar itu ini. duit bil air, api, internet, segala bagai. Pengalaman mematangkan kita. cehhhhh ! Mak aku selalu pesan, pergi surau atau pun masjid, terjumpa orang minta sedekah tu ringan-ringankan tangan, hulur sikit apa yang kita ada. Allah akan beri lebih dari itu suatu hari nanti.
Aku pusing satu bazaar time bulan ramadhan dulu, buntu nak makan apa. Terpandang seorang lelaki tua mengesot-ngesot kedua-dua belah kaki yg kudung  & matanya buta. Dalam poket seluar aku ada lah seringgit, baki beli air tebu tadi, bolehlah sedekah sikit buat pakcik ni buka puasa.
 Ingat ! "sebelum letak duit dalam bekas tu, niat apa yang kita nak."

Kita ingat orang lain, Allah akan ingat kita :)

Ini bukan riak, tapi hanya berkongsi rasa bahagia dgn pemberian dariNYA. 
Aku makan di A&W, datang seorang lelaki cina mintak derma untuk anak-anak yatim, aku pun hanya sekadar senyum. Bukan kedekut tapi aku takut lelaki tu dtg dari agensi tipu tipu ke. aku ni khuatir saja. Bila fikir- fikir balik. tak salah kalau aku hulur seringgit, Sebaliknya hanya Allah yang tahu. hm haih atiqahh atiqahhh. *Pengajaran buat diri sendiri*

Biar Allah membalasnya jika ia satu penipuan :)

*******************
“Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya dan menyempitkan (siapa yang dikehendakiNya)”. Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dia lah Pemberi rezeki yang sebaik-baiknya.”. Surah Saba’ : ayat 39
*******************
 
Salah satu cara nak rezeki murah, selalu beristighfar :) 
tak kisah lah lepas sembahyang ke apa ke. hehehe
********************
 “Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah S.W.T akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)
********************
 okayokay. 

Bulan #November;  rezeki dari Allah. Alhamdulillah :)

GIVEAWAY dari Celesta Hijabs.
Kurung moden gift from my bestfriend Faizah Sulaiman 



 SELESA PAKAI TAU TUDUNG CELESTA HIJAB NI. ORDER JUM !




Menang dalam "Stylista Contest "

Lomo :)



Kakngah bagi laptop dia time dia belajar dulu. Terima kasih :)
Dua sem aku pakai tau ! tapi masalah besar bila aku pkai laptop lama ni. Itu ini problem. tak boleh support latest software. Tengah labtest laptop hang. Bersabarrrrrrrr.


even huruf "I" takdo. laptop acer ni la banyak jasa untuk aku tau. Terima kasih :') 

So, aku nyatakan masalah and hasrat aku nak beli laptop baru, abah aku just diam. tuptup.
kakngah aku topap dulu belikan laptop baru. Tq tq ! gila tak rasa bahgia. bf baru aku kononya. kehkeh
WINDOW 8



aku dah rasa window 8.  korang dah rasa ? kehkeh !

****************************

Rezeki dari Allah, kita tak tahu bila masa tiba rezeki kita. berdoa pada Allah.Insyaallah :')
Sebelum tu ! Doakan Operation aku berjalan lancar pada minggu depan ! :')