Pages

Cegah Vampire

Assalamualaikum.

Salam sayyidul aiyyam :)

Kemain tajuk ha ala ala twilight ! tsktsktsk
Benda remeh of course kita selalu amik mudah. Walhal perkara tu banyak sangat advantage and disadvantage ! Sebelum aku menonong ke London, aku transit kat bangkok dulu. Everywhere aku pandang ada je vampire bersepah. Awak dah manis, ayu, segak, tampan tapi hujung jari kelingking vampire lah awak. 

Faham apa yang aku maksudkan? Terima kasih kerana faham. hehehehe Jenis kuku cawan macam aku takdo la kuku cepat panjang. eh? Panjang sikit aku dah tak selesa lagi mudah aku rasa nak gigit. Tapi kan tapi kan serious tabiat yang sangat sangat tak elok. Mudah kena jangkitan pada pada kuku, mulut dan gusi. 

Masalah gigit kuku, now kes kuku panjang pulok guano ? Standart la student tak penah lari dari topap. Seronok tunggu aunty tu cari kad topap. Mata aku ni gatal menelek aunty tu. Kemain panjang kuku! waduh muka kok lawa tp sayang lor. Mungkin bagi dia mudah nak garu, kikis blackhead di muka kot. Entah aku sendiri tak tau. huehuehue

Hikmah potong kuku ikut hari :)

*****************

Hari Sabtu : nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penykit
Hari Ahad : nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kepadanya kemiskinan
Hari Isnin : nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sihat
Hari Selasa : nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk kepadanya penyakit
Hari Rabu : nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan
Hari Khamis : nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit
Hari Jumaat : nescaya keluar daripadanya dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan      masuk kepadanya rahmat daripada Allah SWT

*****************

Note : Kuku yang sihat berwarna bening, bertekstur halus dan kuat. Jika kuku kamu berwarna kekuningan, rapuh,  bergelombang atau bertitik-titik putih menandakan kuku tidak sihat.




Kita ambil wuduk, adakah air wuduk masuk dalam celahan kuku?

#Peringatan diri sendiri 


3 comments:

Nadya Bubble said...

Eeee menakutkan gambar tu !

nadia said...

Baru tau hikmah potong kuku ikut hari.
Nice info.

cinta nabella said...

Good entry, ada info menarik boleh share :))