Pages

Dia

Assalamualaikum dan salam ukhwah :)

Entries yang kena hayati skit. skit je awak.

Dulu mungkin dia sukakan fashion. Baju adik menjadi pilihan, seluar gimnastik menjadi rebutan. tudung belit sana sini setiap kali menyemakkan diri di shopping mall semua style di praktikkan. 

Masuk tutorial baq hang dalam youtube mesti hot. Kejar populariti skit, baru orang kenal, nama menjadi sebutan. Upload gambar gambar di facebook yang stylish tp baju akhir zaman. Tahu apa hukum agama tapi masih lagi langgar. Itu lah dia yang dahulu. Larangan ibu tak pernah dia endahkan.

Tiada insan suci tanpa dosa pada masa lalu, tiada insan yang berdosa yang gelap masa depannya.

Itu dulu, dia cuba untuk berubah. Godaan syaitan tak pernah lari. Makin jauh makin dekat dia menggoda. Nyah kauu ! Tunduk sikit, kau dah bermadah itu ini. Jika kuat iman, lesaplah kau. Kenapa ada segelintir di antara mereka suka mengungkit kisah dahulu kala? itu dia yang dulu. 

Setiap pagi sebelum dia pergi kelas, periksa baju kurung jarang ataupun tidak. Tudung yang besar besar di apainya. Tudung yang kecil molek di jual ataupun di sedekahkan. Apa yang dia perasan " Baju dekat shopping mall sekarang yang labuh-labuh comel-comel semua tak ada lengan, yang pendek nampak pinggul semua lengan panjang and JARANG" aduhh

Sedap menjamu selera, dia di sapa " wahh mana tudung belit belit kau? Ustazah dah ha ko sekarang"
Dia hanya tersemyum. dengan lemah lembut. "Hijrah" :)

Biar hodoh di mata manusia, jangan hodoh di mata Allah.

kerana facebook, twitter habis rosak susu sebelanga. Share benda baik jadi isu, share perasaan syok sendiri, pakwe makwe kemain byk like. Banyak silap, silap dia dulu.

Kali terakhir dia cium pipi ibunya sewaktu zaman persekolahan dan sewaktu belajar di perantauan. Syurga ibu di pijak pijak. Ya Allah dia sangat kesal, kesal. Awal Januari dia memberanikan diri untuk message ibunya.

"Mintak ampun mak, "Dia" akan cuba jadi anak yang solehah mcm mak nak"

3 hari air mata dia berguguran mengenang dosa masa lalu. sembab itu implikasi khilafan sendiri. Jahilnya dia dahulu, tak cium bau syurga. Ya Allah ampunkan dia..

Kini hampir setiap hari mendapat call dari mak, kakak kerana rindu akan "Dia"
Penghijrahan seseorang banyak mengubahkan perjalanan hidup. Bukan untuk mengaibkan tapi dia banyak belajar dari kesilapan. Pengajaran buat dia dan semuanya.

Pesanan ringkat buat teman DIA. Dia mohon beribu kemaafan salah dan silap. dan terima kasih buat mereka yang banyak beri dorangan buat Dia insan yang "Baru mengenal" Awak boleh hina manusia yang lemah, dia yang lemah itu sama kau hina ciptaan Tuhan. ya Khilaf dia, Dia menyesal. Kini bersosial yang baru. semoga kenangan yang pahit terus lenyap.

Cebisan yang dia terbaca ;
WARNING
"Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya di akhirat."


SALAM SAYANG DARI DIA
Atiqah Fadzil 




9 comments:

KY said...

setiap hari kita cuba memperbaiki diri menjadi lebih baikkan?

cahayakasih said...

tahniah teman..semoga ianya sentiasa menjadi amalan kita..in shaa Allah, amin..

iyka zulaika said...

keep it up dear atiqah :) biasalah mula2 mesti banyak dugaan2 org tak puas hati dgn perubahan kita mcm2 lagi. just amek tu sebagai small matter je. hii :)

Nadya Bubble said...

Insyaallah, perlahan-perlahan. Hijrah perlu masa.

Atiqah Fadzil said...

KY : betul tu setiap hari pasang ni untuk istiqomah kpd Allah :')

Atiqah Fadzil said...

Cahayakasih :Alhamdulillah, masih banyak yg perlu sy belajar :)

Atiqah Fadzil said...

iyka zulaikha : insha allah, tiqa kena kuat kan hati. chaiiiyokkk ! ;P

Atiqah Fadzil said...

Nadya Bubble : betul tu :)

cinta nabella said...

Hihrah tu penting, Alhamdulillah semoga entry ni dapat buka mata org lain utk berhijrah sama sama termasuk farah :))