Pages

Fikir Sejenak


Assalamualaikum. Biar taip penuh , as long orang tau kita skema.

****************

Setiap hari kena niat.
Bukan niat yang bukan bukan, 
Tapi niat pada masa akan datang.
Nampak seakan budak budak hingusan,
aku juga belajar mengikut pemerhatian aku sendiri,
khilaf sendiri
serta
kesungguhan diri.

Mula sensitif dan peka.
orang tak tahu apa yang kita faham,
orang tak tahu apa yang kita mahu,
orang tak tahu apa yang kita ada,
orang tak tahu apa yang kita fikirkan.
orang hanya tahu menilai ikut stereotaip sendiri.
Tapi Allah Maha Mengetahui.

****************

Anak mana tak rindukan mak, aku call terus mak jawab. "Mak rindu." aku hanya mampu menangis dalam hati. Tak mau mak tau aku tengah sedih. Bukan apa, aku tak mau bergayut dengan mak semata air mata. Air mata ibu berharga. Lepas aku tanya khabar mak, aku sok sek sok sek sikit. biasalah anak di perantaun, ada la omong manja. hehe  pesan pasal rezeki guna sebaik mungkin. Boucer buku yang aku dapat. Tinggal 50 ringgit je. Bazirkan aku ? 


"orang tak tahu apa yang kita faham,
orang tak tahu apa yang kita mahu,
orang tak tahu apa yang kita ada,
orang tak tahu apa yang kita fikirkan."


Ekceli boucer tu aku beli barang tulis untuk akan datang. such as A4 paper, note book and etc. Hati ni memang nak beli earfun, natang jadah hiburan tu la. Aku tahan nafsu. Benda tu hanya sementara bahagia. Setiap orang cara belajar lain2. Aku ni jenis belajar suka menulis and dengar lagu. Time lecturer mengajar tu, kalau aku tak catit, balik nanti mmg tin kosong la. manusia dlm kategori Visual. Rendam notes dalam periuk, minum baru dapat ingt kot.

Mak pesan beli Al-quran, tak kisah la apa jenis pun. Beli something yang boleh guna utk kita sampai akhir hayat. Dah seminggu, semalam baru aku perasan ada bukak booth buku kat kiosk poli. Aku nampak tafsir Al-quran kecil molek boleh la aku baca everywhere. senang nak bawak hehe :P Ada baki around 20 ringgit sumting.


bukan gatal tapi pengetahuan.


Makna besar utuk diri,  bakal suami, dan anak anak aku akan datang. Jodoh, rezeki, ajal, maut rahsia Allah.

Petikan yang aku rasa goyah dan berfikir sejenak.

"Bayangkan tahun demi tahun anak melihat kita lewat menunaikan solat. Tahun demi tahun anak melihat kita bergosip, mengumpat dengan jiran, ataupun rakan. Tahun demi tahun ank melihat kita berbicara dengan bicara yang kotor, mengetepikan perintah Allah, tidak menghormati orang lain, dan sebagainya. Dia 'dibasuh' dengan sikap buruk kita, 
maka apa hasilnya?"



.
.
.
.
.
.
.
.





Tak mula dari kecil mahu pun sekarang. apa akan jadi pada akan datang. -bisik hati.





2 comments:

Aisyah Roslan said...

salam my dear..follow me http://ezaracollection93.blogspot.com/

Anonymous said...

It is a beautiful photo with very good lighting :o

Also visit my homepage ... luxury handbags