Pages

Cegah Vampire

Assalamualaikum.

Salam sayyidul aiyyam :)

Kemain tajuk ha ala ala twilight ! tsktsktsk
Benda remeh of course kita selalu amik mudah. Walhal perkara tu banyak sangat advantage and disadvantage ! Sebelum aku menonong ke London, aku transit kat bangkok dulu. Everywhere aku pandang ada je vampire bersepah. Awak dah manis, ayu, segak, tampan tapi hujung jari kelingking vampire lah awak. 

Faham apa yang aku maksudkan? Terima kasih kerana faham. hehehehe Jenis kuku cawan macam aku takdo la kuku cepat panjang. eh? Panjang sikit aku dah tak selesa lagi mudah aku rasa nak gigit. Tapi kan tapi kan serious tabiat yang sangat sangat tak elok. Mudah kena jangkitan pada pada kuku, mulut dan gusi. 

Masalah gigit kuku, now kes kuku panjang pulok guano ? Standart la student tak penah lari dari topap. Seronok tunggu aunty tu cari kad topap. Mata aku ni gatal menelek aunty tu. Kemain panjang kuku! waduh muka kok lawa tp sayang lor. Mungkin bagi dia mudah nak garu, kikis blackhead di muka kot. Entah aku sendiri tak tau. huehuehue

Hikmah potong kuku ikut hari :)

*****************

Hari Sabtu : nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penykit
Hari Ahad : nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kepadanya kemiskinan
Hari Isnin : nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sihat
Hari Selasa : nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk kepadanya penyakit
Hari Rabu : nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan
Hari Khamis : nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit
Hari Jumaat : nescaya keluar daripadanya dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan      masuk kepadanya rahmat daripada Allah SWT

*****************

Note : Kuku yang sihat berwarna bening, bertekstur halus dan kuat. Jika kuku kamu berwarna kekuningan, rapuh,  bergelombang atau bertitik-titik putih menandakan kuku tidak sihat.




Kita ambil wuduk, adakah air wuduk masuk dalam celahan kuku?

#Peringatan diri sendiri 


Nak belajar tapi jangan kurang ajar


Assalamualaikum | Ahlan wa sahlan.


"Atiqah !kenapa ~3 Bitwise logical operator ni jawapan dia -4 ? Beri sebab dan jalan pengiraannya sekali."
Seronok mengekek lecturer java yang kacak lagi segak dan tampan. Aku tengah seronok berwirid blur seketika. Mengantuknya alahaiiiiii tanya soalan pelik-pelik pulak. 

***************
Segeram mana, sebenci mana, seburuk mana, sebusuk mana, secomel mana kita dengan orang yang beri ilmu pada kita jangan sesekali bersikap kurang ajar.. Nak pandai yang berguna dunia akhirat cuba untuk HORMAT. Nak ilmu yang berkat cuba untuk terima seadanya.

***************

Tamat kelas seperti biasa. Zirafah runway nak balik rumah sewa untuk merehatkan diri dan minda yang trolololol. Aku ikut jalan belakang dekat sikit sampai pagar. Okay aku perasan sebuah kereta yang ada sticky notes dekat bonet depan. eh ? Sticky notes berbunyi "Dah boleh cuci dah kot, Pn bla bla" Siap mention nama. ceittt lecturer tu busy bagi ilmu pagi siang malam kot. Bukan setakat bagi sticky notes, siap tayar pecah ! gapo dio ni. Mungkin nampak macam "ala standart la tu student dengki" Adat belajar. 

Simple but sure way did you should know, for everything you have missed, you have gained something else, and for everything you gain, you lose something else.

Rasulullah s.a.w bersabda:
" Tidak termasuk umatku, orang yg tidak hormat orang tua, tidak mengasihi orang muda dan tidak mengiktiraf orang alim di antara kami." (Riwayat Ahmad)


Life loves to play with us. So, play with the life and win the game. Next sem Practical !

Orang yang jarang tunduk, tapi selalu yang pertama. 

Kadang -kadang study bagai nak rak, orang yang perangai tah pape, study skit je dah masyuk? what happenng? Cemburu of coz ada tapi disebaliknya hanya Allah yang tahu. Tuntut ilmu dari buaian hingga ke liang lahad. Bukan menuntut ilmu semata mata Istidraj
Propa propa tsktsktsktsk




Salam Ukhwah buat follower ana ya :)

Layang-layang

Assalamualaikum

kita ada semua benda yang kita nak, macam keluarga yang bahagia, kawan-kawan yang baik, makanan yang sentiasa sedap dan cukup, badan yang sihat, duit yang cukup, ilmu yang banyak, dan semua yang terbaik, kita akan berasa kita sentiasa berada di atas.

Layang- layang kalau takde angin bertiup jatuh la dia ke bawah. Macam manusia pantang dinodai pasti terikut. Kalau ada layang-layang yang rosak, koyak mahupun tali putus tak beerti lagi semua tu. Apa yang kita pertahankan semua musnah. Merana tu hanya sementara bukan senang nak pertahankan layang-layang ye tak?

Kau hipokrit ! kau hipokrit ! manusia yang berasa dirinya diawangan mmg mudah nk jatuhkan org lain. Adakah dia tahu siapa yang di atas dan siapa di bawah? Tegur salah tak tegur pun salah. 
Cuma mahu sama-sama ada dekat atas sana dengan tenang. 

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan."

Ringankan mulut untuk mendoakan orang lain juga, insyaAllah.


Aku juga belajar dari kesilapan lalu. 



 Sejak kebelangan ni setiap kali aku tidur ada saja mimpi-mimpi yang pelik. Subhanaallah adakah ini satu petunjuk atau pun petanda sesuatu? Semoga segalanya baik-baik saja yang aku terima ya Allah.. 





“Maka kecelakaan yang besarlah bagi mereka yang membatu hatinya untuk mengingat Allah.Mereka itu dalam kesesatan yang nyata." (Az-Zumar: 22)

Subhanaallah..

Diari Hati

Assalamualaikum

"Walah, ekau baget baik yo update update cengitu"

"hokaloh, hang dulu pun teroq ! nak buat baik pasaipa"

"poyo gile lah kau, nak menunjuk baik letew"


"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang taubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri." (Al Baqarah: 222)

Jika ditanya mahu syurga atau neraka, pasti syurga bukan ? Bukan mudah nak istiqomah. Hampir setiap hari aku tanamkan "aku nak berubah ya Allah" itu matlamat dan salah satu list cita-cita aku. Hijrah atau pun pengorbanan itu yang aku korbankan. Aku hiraukan apa kata kawan-kawan. Nak kata aku pelik, kuno dengan berjilbab labuh,berstokin seakan orang dalam pantang, pedulikan! Tengok di akhirat nanti siapa gelakkan siapa. Aku tak mahu jadi Istidraj dan sombong. Bila susah baru ingat Allah, bila senang semua dilupakan. Nauzubillah.

“Sesungguhnya penduduk Syurga yang paling sedikit adalah wanita.”
(Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)


Sebelum tidur aku selalu terbayang kalau aku mati besok, adakah aku akan berada di syurga ataupun neraka? Orang pertama yang aku terbayang ialah Mak Abah. Seorang Wanita yang masuk neraka akan menarik dua orang lelaki. Ayah kandung, adik beradik lelaki, suami, anak kandung lelaki. Sehelai rambut Wanita yang di lihat oleh lelaki bukan muhrim dengan sengaja = balasannya 70 000 tahun dalam neraka. Subhanaallah begitu dasyat azab di neraka. 

"Ya Allah betapa lemahnya hambamu ini, aku sering tewas melawan hasutan syaitan yang sentiasa menghasut anak cucu adam untuk membuat kejahatan dan maksiat di muka bumimu ini, Kurniakanlah aku hidayah Mu Ya Allah." Itulah nikmat yang paling berharga. Insyaallah aku akan sentiasa istiqomah dan mencari redha Mu.

" Menangis tu perlu untuk suatu pengorbanan. Menangislah banyak-banyak. Berkorban untuk Allah. Yes, Allah dan Rasul  sentiasa ada ".
Perbaiki diri, muhasabah diri. Jika kita ingat Allah, Allah pasti ingat kita.