Pages

New Chapter in my life Atiqah + Hazwan

Assalamualaikum Tak jawab dose :P

Alhamdulillah bila teringat balik, terima kasih Ya Allah permudahkan urusan kami. 4 tahun perkenalan akhirnya kami akhiri dengan satu ikatan yang sah. 
"Setiap kali Allah menguji, aku tercari-cari hikmah apa yang Allah nak bagi".


Jodoh ni rahsia Allah, tentu ada sebab kenapa segelintir insan yang terpilih untuk merasakan alam perkahwinan di usia yang muda. Allah akan hadirkan jodoh pada waktu yang tepat. sekelip mata akan berubah. "kun faya kun"

"Dan kahwinlah orang bujang (Lelaki atau perempuan) dari kalangan kamu, dan orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah swt akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpa kurnia-Nya, kerana Allah swt Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui"
(Surah An-Nur 24:32)

 Sedar tak sedar masa cpt betul berlalu, di awal 2011 detik perkenalan, 2014 suami beranikan diri jumpa mak abah. Yela aku ni muda lagi impian pun belum betul betul capai. Mungkin ada hikmah setiap apa yang berlaku.


" Kalau dia betul jodoh kita, mesti Allah permudahkan segalanya" Allah lebih mengetahui kondisi kita yang sebenarnya drpd kita sendiri.

Tunang pada 7 mac 2015 dan nikah pada 3 april 2015. Sekelip mata status aku bertukar Isteri pada usia 22 tahun. Allah SWT sebaik-baik perancang. 


maljis pertunangan pun simple tak ada pelamin, tak ada veil, tudung as simple as boleh, make up sendiri. cuma duduk ats bantal petak parkson :P
Bunga tangan tu mcm comel2 pulak. act bunga hantaran hahahah. tangan kosong masa sarung cincin takut nampak sangat nervousnya hehe


Sebelum akad nikah, photog mintak duduk ala ayu2. tak tau nervous gila.  Masa ni la paling sayu sebab lepas ni tanggungjawab makin berat. Majlis nikah di Masjid Besi Putrajaya lepas isyak jam 9.00 malam gitu. 








Alhamdulillah sah menjadi isteri Hazwan Mustaffa :)
kalau suami baca ni mesti dia nak belanja makan punya lah, Tolong kalau lepas baca jangan nak kata baget2 eh hahaha. kasi chance la update berzaman doh tak update. 





Orang kuat Majlis 
Tudung of coz sponsor dari Atiqaa Hijab :PP





Make up dari Cikqu. Boleh search Instagram : @cikqu
...........................


In case ada BTB nak tau pasal preparation, goodies mana beli ke. boleh comment bawah eh :D



Semua orang nak kan yg terbaik utk majlis sekali seumur hidup. Kalau ada kurang di mata kita, tak kena dengan cita rasa kita (last minute) Chill, senyum selagi elok di mata terutama di mata keluarga kita dan yang lain. Redha, kita mampu merancang Allah yang tentukan. Yela bila teringat balik rasa nk gelak pun ada. kemain aku google search sana sini nak walimah yg comel-comel sekali satu satu Allah uji tau. Dari kad kahwin, baju nikah, baju sanding sampai la majlis berlangsung. So far alhamdulillah selesai majlis belah perempuan rasa lega betol ! Tak perlu pikir goodies, hantaran, make up etc. 



Photographer:  Azizi Sabu 








Majlis Walimah pihak pengantin perempuan di Rainshelter Taman Botani Putrajaya. Dewan Putrajaya biasa la setahun sebelum lagi dah penuh. Ni pun bersyukur, even panas terik Alhamdulillah majlis berjalan baik :)

4 April 2015 ada dua majlis di Taman botani, jadi tetamu confuse jap. 

Tetamu : weh aku salah kenduri tadi siap salah letak hadiah, nak makan dah pun. sekali dgr DJ umum nama pengantin salah haha

Banner ada letak sepanjang jalan berbumbung botani. Maybe tetamu terlepas pandang, ataupun ada silap mana2. sokay2 hadiah tu bukan rezeki kami. hehe 



TIPS UNTUK BTB : make sure letak nama pengantin besar-besar, kalau boleh letak nama mak ayah sekali.  senang tetamu nampak & kenal. Biasa la spek mata atas kepala pun kadang kadang boleh tak perasan. kan kan. org muda boleh la waze, yang tak berteknologi tu canooo? :P  harapkan peta pada kad kahwin. Nampak macam remeh benda2 macam ni tapi benda nak jadi kita tak jangka. Bila dah kena batang hidung kembang sendiri baru tegadah haha 


 Pasukan kompang geng geng sekolah adik. boleh laa dari sunyi sepi time pengantin sampai. haha Thanks dik! 


Majlis yang simple tiada karoeke, tiada tepung tawar manis masin, cuma makan bersama keluarga mentua dan sahabat andai terdekat serta sesi bergambar untuk kenangan bersama.  comelkan view tasik putrajaya :)
Yang pasti booking sebelum GST :P


Terima kasih tak terhingga buat family terutama mak, abah yg bertungkus lumus untuk majlis anak mengada seorg ni. Abah, mak walaupun anakmu sudah berumah tangga, anakmu tak akan lupa jasa mak abah sampai bila bila. anakmu sentiasa mendoakan agr diberi kesihatan yang baik, dan sentiasa di dalam rahmatNya.

Tak lupa jugak buat sahabat andai yang hadir majlis kami. Sory mana yang terlepas pandang T_T

Yang ni pulak majlis belah laki @one city Subang


 Ma ridhallahu illa fi ridha-il-walidaini
(Redha Allah terletak pada redha ibu bapa)





kenapa ada dua nama ? Dua pasangan sekali masa belah laki. Sekali dengan abang ipar hehe. senang 2 menantu ibu ayah dapat.



Carilah bahagia yang hakiki di atas jalan yang telah dibentangkan oleh kekasih Allah, Muhammad SAW. Bahagia itu adalah redha. Semoga ikatan perkahwinan ini dalam lindungan Allah SWT 
Bimbing isterimu ke jalan Allah, sama2 kejar ke syurga ye imamku. :) - cerekahatiisterimu




2 comments:

F@R@H W@H!D@ said...

Ada tak peta majlis ke taman botani putrajaya dalam simpanan sis?

Unknown said...

Hi boleh tak nak tau procedure nikah kat masjid besi?