Pages

Rezeki dan tips

Assalamualaikum..

straight to the point 

Alhamdulillah rezeki berumah tgga awal, dtg lg rezeki yg tak dijangka, akan bertiga tahun dpn. Rasa mcm tak percya, sekelip mata Allah swt bg rezeki secepat tu. Alhamdulillah Allah swt bg ksmpatan utk merasai. Bukan smua org dpt merasa dlm masa yang begitu cepat, ada yg bertahun tggu. Usia aku muda baru 22 tahun. ibu muda, rezeki Allah swt bagi jagalah dgn penuh amanah..percayalah, akan ada kemanisan suatu hari nnt. insha allah :)


sepanjang berbadan dua ni macam2 Allah swt uji. setengah org Allah uji lg hebat tapi iye la kena redha..

"Allah melapangkan rezeki kepada siapa yang Dia kehendaki dari hamba-hamba-Nya dan Dia yang membatasi baginya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu."( Al-Ankabut:62)  


Awal trimester dlu, aku ok lg. tau pun masa dh 5 minggu. husben aku la perasan kemain lalu makan, muka tembam lepas tu keje tido je. haha husben balik keje, aku still tido. taktau la wabak apa yg pelik. bau perfume suami aku pun tak boleh. pdahal aku yg pilih dlu. haha. tu okay lg bab makan pantang nampak ayam, masuk mulut besembur muntah. smpai la 4 blan baru la ok. selera bertambah2. berat dari underweight trus normal smpai la aku kantoi mgtt weh. 2 minggu sekali kena buat bsp 4 kali tu. pukul 8 pg, 11 pg, 3 ptg, 8 mlm. nasib badan. Result lepas minum air gula 9.83, penangan ngindam manis2. hua menagis di bucu kail. Tapi lega la sikit result HBA 1C 4.9% tahap normal. just control diet je. 

Sahari sebelum check BSP, aku ngomel dgn husben nak beli glucometer tu. yela rasa mcm susahkan husben nk ulang alik klinik 4 kali. cucuk hjung jari sikit je pun pastu balik. kalau ada baget lebih boleh la kan. aku beli dkat Watson je RM127.00 ( include 25 lancets + 25 strips) 
ok la cukup 4 kali lg bsp sampai deliver haha



ada lagi murah tak silap tapi malas nak g survey. strips pulak bukan boleh main bedal beli mana2 brand !! kena sama brand ok. 

Tips utk yg gdm 

Masa makan tu penting ! tp biasalah aku selalu tebabas jugak.
tepati masa breakfast, lunch, dinner.

1. kurangkan karbo, terutama nasi ! guna la beras perang ke. mmg tak sedap tp serious boleh kawal berat. tak tipu ! dalam 2 minggu berat aku naik 100g je. kalau tak hampir 2kg kot.
2. roti putih gardenia tu tukar pada roti wholemeal, biskut amik yang fiber. 
3. minum air barli & air masak 
3. Blend buah epal hijau + peria katak (minum seminggu 2 kali ke, buat msak pun boleh peria katak tu ) tp aku tak mkn pun haha sbb aku tak tahan keperitan peria katak tu hbis angin satu bdan. huaa just makan epal hijau.

contoh menu 
1 cawan nasi, lauk sayur bayam tumis air, ayam panggang, lepas tu buah amik sebesar penumbuk tgn, air putih. 

Istiqamah terus lepas jumpa pegawai zat makanan hahahaha tips ni dr PMZ dgn nurse ok. cuma yg peria katak tu, org tua2 punya petua la hehe boleh la cuba kan.. 

lain lain biasa la kena tgk kandungan. kalau ada gula tu kurang la amik. tp jgn tak amik langsung nnt hypo pulak. 


HB plak stu hal kemain susah nak naik. semua bnda dh cuba, pati delima gulsan, hati ayam etc still sama weh 9-10. ubat iron yg wrna coklat tu dr sebiji smpai 2 biji then tukar ke zincofer. Hanya Allah yg tau kemain teruk sembelit sampai keluar darah, keluar toilet mesti nagis. scary wehhhhh!!!  tips yg aku dh cuba utk utk sembelit + HB!!

1. consume Minyak kelapa dara / minyak zaitun
2. minum air msak byk2 
3. makan buah prun yg sunsweet tu
4. air barli (rebus sendiri better) dlm msa yg sama bagus utk rawat kencing kotor dgn kawal gula dalam darah. setiap hari aku minum tanpa gula ! 
5. buah-buahan (selalunya aku mkn epal hijau sbb ada gdm) & sayuran hijau. 
6. kurma, kismis

alhamdulillah beransur pulih. act byk lg tp aku dah cuba mcm xberhasil, makin teruk sembelit :( taktau la apa nk jd, kdg2 terbabas jugak nak makan bnda naikkan HB. satu lagi maknan yg doc / nurse sarankan tu cubalah, maknan apa yang tggi zat besi etc.. at last 6 benda ni nampak perubahan. 

sebelum check bru gelabah makan benda alah ni haha 

Minyak kelapa dara D' aura As Syifa + kerang rebus + air perahan limau nipis, oren ke apa2 janji vitamin C. 

Zat besi berkawan baik dgn vitamin C. 

HB dr 10 naik 11.5  kena terus amalkan harap2 naik lebih dari 12.. amin. dari awal bukak buku pink tu smpai la skrg 2 minggu sekali kunjung klinik tau. sob sob T_T
Dah cua makan jambu batu, bayam, hati tp still tak naik. At last !

lain org lain penerimaan, baru cuba seminggu dh keluh. berbulan jugak la aku consume, k bg serasi dgn badan Alhamdulillah ada la hasih. Apa pun mula dr makanan sunnah ye. 


aku pilih jenis liquid, sedap rasa mcm kerisik hahaha

banyak lagi aku nak share tunggu mopd rajin kehkeh cehh mcm dah beranak 5 aku bg tips haha yela ibu muda seusia aku ni tak semua benda tau. aku byk membaca pastu aku cuba. sebelum cuba aku tanya dulu. jangan main redah ingat LAIN ORANG LAIN PENERIMAAN TERHADAP SESUATU. bold kat situ sbb sgt penting ! setengah org awal2 hamil makan nenas + air kelapa takde masalah. kita ? 




Akhir kata, ribut hujan petir apa jua lah ibu ayah sanggup berkorban utk mu syg. huaaaaa mcm ni la perasaan  mak ayah kita kan ? Ya Allah permudahkan urusan ku di dunia & akhirat... 

لا إلهَ إلا أنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظّالِمِيْنَ

La ilaha illa Anta Subhanaka inni kuntu minaz-zalimin.